Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.nga.ruh] | برڤڠاروه

Definisi : mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.nga.ruh] | برڤڠاروه

Definisi : ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,

Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat lurah timbunan sarap.Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas