Meminta rotan yang sekerat. | Hendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai beliung dengan asahan. | Tidak pernah berpisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang. | Orang yang sangat kurus. rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak. | Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |