Sembunyi-sembunyi puyuh. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Longgar sendat, lapang bertukul. | Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat diam-diam lepu. | Berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kepala yu, ekor babi. | Suka berpura-pura atau bermuka dua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muka licin ekor penuh berkudis. | Berpura-pura seperti orang kaya, sedangkan hidupnya melarat. (Bandingkan dengan: Muka licin, ekor berkedal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak sakit daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak kurus daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu. | Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai berminyak air. | Memuji-muji kerana ada sesuatu maksud; pandai berpura-pura; pandai menggunakan sesuatu yang sebenarnya kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |