Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.bung] | برسابوڠ

Definisi : 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabung (kata kerja)
Bersinonim dengan adu, laga, lawan, tanding;,
Kata Terbitan : bersabung, menyabung, sabung-menyabung, menyabungkan, tersabung, sabungan, persabungan,

Peribahasa

Angin berputar,
     ombak bersabung.

Bermaksud :

Perkara yang amat sulit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Angin bersiru, ombak bersabung.Perkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angin berputar, ombak bersabung.Perkara yang amat sulit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas