Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersahabat,

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai bersahabat dengan ular bisa.

Bermaksud :

Berkawan dengan orang yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(11)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga.Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bersahabat dengan ular bisa.Berkawan dengan orang yang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bersahabat cari sama babat.Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bangau kasihkan kerbau.Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai empedu lekat di hati.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kuku dengan isi (= daging).Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas