Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.salah] | برساله

Definisi : 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.salah] | برساله

Definisi : berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersalah

Peribahasa

Lain bengkak lain bernanah.

Bermaksud :

Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerbau menanduk, kerbau pergi.Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain bengkak lain bernanah.Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung.Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa mengaku berak di tengah jalan?Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa makan nangka, maka kena getahnya.Siapa yang bersalah, harus dihukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak ada api, masakan ada asap.Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meletup di sana, di sini bunyinya.Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain bengkak lain bernanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak yang celaka, orang yang diumpat.Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya.Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas