Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertongkat tebu. | Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. | Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berarak tidak berlari. | Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang. | Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama. | Suka bertolong-tolongan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. | Bersama-sama dalam senang dan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam orang biduk. | Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |