Bersandar di lemang hangat. | Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersandar di batang rengas, gatallah badan. | Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bersandar di punggur. | Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bersandar di batang rengas. | Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas. | Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. | Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |