Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yg kukuh: cinta laki-laki ~ dgn cinta perempuan sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan; sewajibnyalah mereka ~ dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kuat lilit kerana simpulnya.Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas