Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak hinggap tiada berkaki. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serupa burak. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |