Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.li.sih] | برسليسيه

Definisi : 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.li.sih] | برسليسيه

Definisi : 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selisih (kata nama)
Bersinonim dengan beza, perbezaan, kelainan, jauhnya, jarak, kacek, selang, lat, tengkang, senggang, jauh, langkau;,
Kata Terbitan : berselisih, menyelisihkan;memperselisihkan, perselisihan,

Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang.Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertelingkah bagai antan di lesung.Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi dengan orang tak berambut.Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak boleh bertemu roma.Suka berselisih dan bertengkar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk lalu kiambang bertaut.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seukur berbaur, bertopang bercerai.Kalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan.Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas