Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : , bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanduk bersendi gading.Tidak sepadan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah gedang bersendi perak.Bangsawan lagi kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat yang kawi, syarak yang lazim.Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas