Putih seperti kapas dibusar. | Putih bersih; amat putih. busar = busur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gading dilarik. | Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor. | Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. gombak = rambut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang. | Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |