| Bersua beliung dengan sangkal. | Sangat sesuai (kerana sefaham atau setujuan). sangkal = tangkai beliung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersua baji dengan matan. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diimbau berbunyi, dilihat bersua. | Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nasi habis budi bersua. | Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Musuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan. | Permusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua. | Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu beliung dengan ruyung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tahan baji oleh kelidai. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu teras dengan beliung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |