Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua.mi.kan] | برسواميکن

Definisi : mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua.mi.kan] | برسواميکن

Definisi : berkahwin dgn (bkn wanita); menjadi isteri kpd: Anaknya yg sulung ~ seorang arkitek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Peribahasa

Ayam bertelur di atas padi,
     mati kelaparan.

Bermaksud :

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti permata baik tak kena ikatannya.Perempuan terpelajar bersuamikan lelaki yang rendah budi pekertinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas