| Bersuluh menjemput (= minta) api. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari. | Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersuluh tengah hari. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lagi terang lagi bersuluh. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang buta diberi bersuluh. | Melakukan perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. | Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |