Gundahkan buah dimakan burung. | Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan hati, berulam jantung. | Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada sampan hendak berenang. | Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar sakit dulu senang kemudian. | Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat harta timbul. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat harta karun. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat durian runtuh. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |