| Gundahkan buah dimakan burung. | Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidur tak lelap, makan tak kenyang. | Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin. | Sangat bersusah hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan hati, berulam jantung. | Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |