Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tambah air, tambah sagu.Bertambah kerja bertambah pula upahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertambah semakin kurang.Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untut bertambah kulitnya.Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul.Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah panas berbaju pula.Kesulitan yang bertambah-tambah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang rebah ditindih.Yang sudah miskin bertambah miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diperluas parak, tidak disiangi.Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si untut juga yang berkutil.Orang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Busut juga ditimbun oleh anai-anai.Orang kaya juga yang bertambah kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas