Bagai bertanak di kuali. | Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menumbuk di periuk, bertanak di lesung. | Melakukan sesuatu yang menyalahi kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menumbuk di lesung, bertanak di periuk. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung. | Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memikul di bahu, menjunjung di kepala. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |