Bertandang membawa lapik. | Bertamu tetapi membawa bekalan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertandang ke rumah janda. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertandang ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membawa perut ke rumah orang. | Selalu bertandang makan ke rumah orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai cacing gila. | Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu. | Suka bertandang dan makan di rumah orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |