Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tan.du/] | برتندوق

Definisi : mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tan.du/] | برتندوق

Definisi : ada tanduknya; mempunyai tanduk: Kerbau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanduk (kata nama)
Bersinonim dengan cula, sumbu;,
Kata Terbitan : bertanduk, menanduk,

Puisi
 

Dua bertanduk bertiang tiga,
     Dari masuk berkunci tiada;
Bulan masuk matahari gila,
     Abang diharap dipandang tiada.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kerbau bertanduk,
     rotan beronak.

Bermaksud :

Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hendak bertanduk kepala dipahat.Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau bertanduk, rotan beronak.Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan kucing bertanduk.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan kuaran bertelur.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing bertanduk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas