Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tim.ba] | برتيمبا

Definisi : menggunakan timba, sedang mengambil air dgn menggunakan timba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertimba

Puisi
 

Sayang berakit berkajang kain,
     Di mana teluk di mana bertimba;
Sayang sakit bercerai main,
     Di mana duduk di mana bercinta.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dalam menyelam,
     cetek bertimba.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat).

 

Lihat selanjutnya...(13)

519

It's no use to shut the stable door after the horse has bolted

Setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak.

Sudah karam maka bertimba

The gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escaped

Galeri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Sudah karam maka bertimba.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkayuh sambil bertimba.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dalam menyelam, cetek bertimba.Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lah karam maka bertimba.Setelah mendapat celaka baru ingat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mandi berselam, awak mandi bertimba.Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkayuh sambil ke hilir.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkayuh sambil bertimba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke sungai sambil mandi.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambil menyelam minum air.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambil berdiang, nasi masak.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambil berdendang, biduk hilir.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas