Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindih

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih),
     cacing di bawah juga.

Bermaksud :

Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh = terhimpit.Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih), cacing di bawah juga.Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Upas berulam racun.Perbuatan jahat yang tindih bertindih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas