Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tuah] | برتواه

Definisi : 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Sudah bernama lagi bertuah,
     Singgah bersila lalu duduk;
Asal bunga menjadi pelepah;
     Adakah pelepah melawan pucuk?


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga.Seseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti disalak anjing bertuah.Tak dapat ditolak (bertangguh) lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti mendapat gagak putih.Perolehan yang bertuah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada tertikam tuah oleh berani.Orang yang bertuah tiada dapat dialahkan dengan keberanian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas