Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertukar jiwa dengan semangat.Sedang berkasih-kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera.Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut.Meskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Zaman beralih, musim bertukar.Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah.Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah.Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas