Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(11)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lidah biawak.Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah bercabang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah bercabang.Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak berasak lenggang dari ketiak.Tak berubah-ubah, masih tetap seperti yang lama juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selama air hilir, selama gagak hitam.Tidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat lama pusaka usang.Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan raya titian batu.Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti embun di atas daun.Niat yang selalu berubah-ubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai air daun talas (= keladi).Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Neraca palingan Allah, mata palingan setan.Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas