Beruk berjumpa pisang masak setandan. | Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera. | Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai beruk kena ipuh. | Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya). ipuh = racun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhakim kepada beruk. | Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ugut-ugut beruk saja. | Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai). (Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantas seperti tangan beruk (= monyet). | Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |