Kecubung berulam ganja. | Sama jahat. kecubung = sebangsa tumbuhan, bijinya memabukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Upas berulam racun. | Perbuatan jahat yang tindih bertindih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan upas berulam racun. | Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan hati, berulam jantung. | Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk! | Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |