Berulat mata melihat. | Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebu seruas berulat pula. | Anak hanya seorang, buruk pula perangainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan. | Siapa yang berbuat salah, dialah yang dihukum. (Bandingkan dengan: Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah yang manis berulat di dalamnya. | Perkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |