Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar diri

Peribahasa

Melonjak badar,
     melonjak gerundang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Main badar, main gerundang.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melonjak badar, melonjak gerundang.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh.Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah lalu kumpai layu.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi disigai, besar ditebang.Menyesuaikan diri dengan keadaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular menyusur akar.Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas