| Main badar, main gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melonjak badar, melonjak gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh. | Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. | Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang. | Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah lalu kumpai layu. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggi disigai, besar ditebang. | Menyesuaikan diri dengan keadaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular menyusur akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |