Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga. | Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Titik ditampung, meresap dipalit. | Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun. | Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. | Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meski ke langit akan menjemur, kalau hari tak panas tak juga kering. | Kalau nasib buruk, betapa pun diusahakan tetap buruk juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga. | Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meragakan suara kepada si pekak. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa gunanya merak mengigal di hutan. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meragakan pakaian cantik kepada si buta. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |