Cencang putus, biang tembuk. | Putusan yang mengikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genting putus, biang tembuk. | Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing biang. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan aib kucing biang. | Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terjerit-jerit seperti kucing biang. | Perempuan yang bercakap-cakap terlalu keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. | Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing keguguran anak. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |