Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar.biar] | بيار٢

Definisi : sj cacing kecil (dlm perut), Filaria loa; ~ naik ke mata prb jangan dilalaikan sesuatu yg akan mendatangkan bahaya kpd diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar-biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(82)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Biar, biar naik ke mata.Kecewa. biar = cacing kecil dalam perut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercangggai.Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar merangkak jangan menjalar.Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar senget jangan tertiarap.Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar salah kain, jangan salah mulut.Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar sakit dulu senang kemudian.Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar penat badan asalkan hati suka.Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar pecah perut, bumi merekah.Keputusan yang tegas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar pecah di mulut, jangan pecah di perut.Menyimpan rahsia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.Kepintaran itu melebihi kekayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456789

Kembali ke atas