Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap. | Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama. | Tidak takutkan mati jika pada jalan yang benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata biarlah kota. | Janji hendaklah ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertungkus-lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur. | Perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melentur biarlah waktu rebung. | Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang. | Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau alang-kepalang biarlah jangan. | Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepala-pala mandi, biarlah basah. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |