Biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain. | Meskipun bersaudara, namun keadaan masing-masing tetap berlain-lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga. | Pembawaan yang tidak dapat diubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan salah serudinya. | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekel berhabis, lapuk berteduh. | Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gula Jawa. | Biarpun hitam tetapi manis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah sabung, menang sorak. | Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. (Bandingkan dengan: Biar alah sabung, asalkan menang sorak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas. | Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga. | Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |