Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir.Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Murai biasa berkicau.Ahli dalam lapangannya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alim biasa menghukum syarak.Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah biasa makan kerak.Sudah biasa mengalami kesukaran hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas