Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasanya

Peribahasa

Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi.

Bermaksud :

Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gunung juga yang dilejang panas.Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi.Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak ada orang menggaruk keluar badan.Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gayung tua, gayung memutus.Perkataan orang tua biasanya tepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tenang menghanyutkan.Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air gedang menghanyutkan.Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air tenang menghanyutkan). gedang = besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mengaum takkan menangkap.Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari guruh takkan hujan.Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa mengaku berak di tengah jalan?Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas