| Biawak kudung masuk kampung. | Orang jahat yang dikenal ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai biawak mengulangi bangkai. | Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lidah biawak. | Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah bercabang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendukung biawak hidup. | Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri; mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti biawak, masakan hilang kesatnya. | Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila pula biawak duduk? | Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merendah terbang biawak. | Perempuan yang memperlihat-lihatkan dirinya kepada lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bercabang bagai lidah biawak. | Tidak dapat dipercayai barang katanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial). | Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing mengulangi bangkai. | Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |