Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1 lapisan daging yg berisi pd tepi mulut dan dpt ditaup-taupkan: ~ atas bahagian tepi mulut sebelah atas; ~ bawah bahagian tepi mulut sebelah bawah. 2 bahagian tepi sesuatu yg menyerupai bibir manusia: ~ cawan bahagian tepi cawan; ~ telaga bahagian tepi telaga. 3 ki percakapan atau tutur kata seseorang: hanya di ~ saja hanya pd perkataan saja. berbibir mempunyai bibir: Bekas itu ~ lengkung dan bercorong (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir

Puisi
 

Simpan sepatu jangan dibalut,
     Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
     Bertanam halia di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggeleber seperti bibir pasu.Bibir mulut yang bengkak dan terkulai. geleber = bergantung mengelepai, gelambir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertanam tebu di bibir.Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Getikkan puru di bibir.Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. getik = menggetil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat tertawa koyak bibir.Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Misai pulang ke bibir.Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak berengsot dari bibir.Tidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diperbesar isap (hisap), hitam bibir.Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor.Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. gombak = rambut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas