Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dan] | بيدن

Definisi : orang (biasanya perempuan) yg mempunyai kemahiran utk membantu ibu sewaktu melahirkan anak; ~ kampung wanita di kampung yg mempunyai kemahiran utk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ kerajaan bidan yg berkhidmat dgn kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ tarik = ~ terjun a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin; jikalau beranak ikut kata ~ prb jika kita berkehendak sesuatu drpd orang lain, hendaklah kita turut apa yg dikatakannya; berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak; beranak tiada ~ prb mendapat susah kerana kebodohan sendiri; berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sbg bidan: dia melahirkan anak sulungnya dgn ~ bidan kampung sahaja; membidani menolong orang bersalin: upah bidan utk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit; kebidanan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sbg bidan: ilmu ~; pakar ~; perbidanan 1. hal yg berkaitan dgn urusan berbidan: hal-hal ~ kampung ini lebih diketahui oleh orang-orang tua; 2. perihal bidan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dan] | بيدن

Definisi : orang yg menolong orang yg akan atau sedang bersalin. ~ tarik (terjun) bidan yg diminta khidmatnya tanpa rundingan lebih awal. ~ tempah bidan yg sudah ditempah awal-awal dan bersetuju memberikan khidmatnya. perbidanan hal-hal mengenai bidan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidan

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pembasuh tangan bidan.

Bermaksud :

Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Upah bidan pun tak terbayar.Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pembasuh tangan bidan.Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau beranak ikut kata bidan.Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas