Biduk upih pengayuh bilah. | Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk tiris menanti karam. | Sudah tak tertolong lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk satu nakhoda dua. | Perempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai. | Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk lalu kiambang bertaut. | Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju. | Suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa ilmu, tentu tidak akan sampai kepada yang dimaksudkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain biduk lain digalang. | Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti biduk dikayuh hilir. | Mengerjakan pekerjaan yang sangat digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada biduk karam sebelah. | Apabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri. | Kalau bertemu jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah berusaha dengan saksama untuk mengatasinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |