Lembah diraih, pantai dititi. | Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menarik rambut di dalam tepung. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauhari juga yang mengenal manikam. | Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak. | Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh. | Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. | Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh. | Pandai berkata-kata; arif bijaksana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |