| Bila pula biawak duduk? | Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. | Apabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila meminta: lembut gigi daripada lidah. | Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang. | Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. | Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak usah bimbang, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan. | Barang yang sudah ada di dalam tangan, bila suka boleh digunakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara. | Jawab yang benar dan tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |