Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lah] | بيله

Definisi : 1. kepingan buluh (kayu, rotan, dll) yg dibelah panjang dan tipis: layang-layang itu mempunyai alat pendengung yg dibuat drpd ~ kayu dan daun mengkuang; 2. benda yg menyerupai bilah buluh dll (pisau, keris, dll): ~ pisau itu terjatuh di atas tanah; 3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dll): di atas baju itu terletak se~ parang yg sudah dijampi; umpama ~ atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lah] | بيله

Definisi : 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Bermaksud :

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk upih pengayuh bilah.Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai.Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus gayung di belebas, putus kata di pangkalnya (= di mulutnya).Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas