Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi. | Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki. | Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bertentu, bilang beratur. | Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada. (Bandingkan dengan: Adat diisi, lembaga dituang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat diisi, lembaga dituang. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |