Laksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang. | Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Binatang tahan palu, manusia tahan kias. | Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manusia tahan kias, binatang tahan palu. | Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan liat kurang panggang. | Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya. | Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai anjing melintang denai. | Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada telap oleh asai. | Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerosok ular di rumpun bambu. | Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing tidur di bantai. | Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serupa burak. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |