Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingung

Puisi
 

Ke sana gunung di sini gunung,
     Tengah-tengah pohon melati;
Ke sana bingung di sini bingung,
     Siapa dikenang di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bingung tak dapat diajar,
     cerdik tak dapat diikuti.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bingung tengkar, cerdik begar.Orang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pikat kehilangan mata.Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing kehilangan anak.Kehilangan akal; bingung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam kena kepala.Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kena pembungkam.Terdiam tak dapat berkata-kata. pembungkam = hikmat cuca yang membuat orang bingung dan tiada dapat membuka mulut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas