Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka. | Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menambah gelang bini. | Pemberian yang tak kelihatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan. | Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan. uliti = menyanyikan sampai tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |